Wednesday, May 8, 2013

uitm seri iskandar...........diploma and degree

Assalamualaikum

Hari ini rasa rajin plak na aupdate tentang tempat belajar aku setelah sekian lama......lamanya rasa ade kat sini..bak kate ayah aza.....maybe aku dip pom cni..degree pom sini..jadi suasana belajar tu xbes walaupom fakulti lain..hem rasanya masuk akal gak kan..na tukar da terlambat...setahun lebey lagi ni kat sini... hurm....ok sedikit info untuk kawan-kawan kat sane......


UiTM Sri Iskandar Perak, Malaysia. Salah satu kampus UiTM yang terbesar selain UiTM Shah Alam dan sebagainya. UiTM Sri Iskandar di label kan sebagai UiTM yang cantik dan bersih. Bagi pandangan aku, alhamdulillah boleh tahan, sedap mata memandang.

Universiti Teknologi MARA (Perak) telah ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan dibuka secara rasmi pada tahun 1985 di Bandar Baru Seri Manjung.

Kampus ini terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak Tengah Daerah dan kawasan ini meliputi lebih kurang 392,36 ekar. Universiti ini mula beroperasi pada 1 Januari 1999. Kampus ini terletak di lokasi strategik di sepanjang Ipoh - Lumut jalan utama, yang menyediakan akses mudah kepada kedua-dua Ipoh dan Lumut.


UiTM Perak juga berhampiran juga dengan UTP. Jadi senang lah siapa yang ada kenalan di UTP nak berjumpa atau sebagainya. Sri Iskandar juga bukan lah nak dikategori dalam kawasan pendalaman. Jangan risau, alhamdulillah kita semua disediakan Bandar Universiti yang sangat maju. Tahun lepas/11 baru dibina TESCO, haa seronok bukan boleh lah borong jajan lepas ni, tak payah nak berjalan jauh ke Ipoh sana. KFC, Ayamas dan Secret Recipe juga ada. Siapa yang nak sambut birthday tu sediakanlah duit nak beli kek mahal :p

Tak lama lagi berhampiran luar UiTM sedang dibina bangunan kedai kedai yang akan dipanggil Billion kut. Dengar khabar berita, disitu akan ditubuhkan panggung wayang :O dan juga McD, dan kedai kedai yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, makin kering duit, lagi lagi makan.

Dari UiTM nak keluar ke Bandar U, hanya perlu menaiki bas UiTM yang disediakan, tambang RM1 pergi dan juga RM1 untuk balik. Kondisi bas? malas nak cerita kalian naik lah sendiri, best sangat :D

UiTM Perak mempunyai 5 Fakulti. Faculty of Accountancy, Faculty of Computer And Mathematical Sciences, Faculty of Business Management, Faculty of Art & Design, Faculty of Architecture, Planning and Surveying. Dan aku tergolong dalam Fakulti Sains Komputer dan Matematik :)



FSKM
OM
FSSR


FSPU

Jadi gambar-gambar di atas merupakan fakulti yang terdapat di UiTM Sri Iskandar. Untuk makluman semua, insyaALLAH pada tahun bila saya pun tak pasti, kampus Sri Iskandar akan di khaskan menjadi induk untuk course Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur.
Mulai tahun 2014 insyaALLAH fakulti FSKM akan berpindah di kampus UiTM Tapah. 
Seterusnya, UiTM Sri Iskandar Perak juga mempunyai 4 kolej iaitu Kolej Cempaka Sari, Kolej Indera Mulia, Kolej Pasir Salak, Kolej Indera Sakti dan juga Kolej Seri Manjung. Bagi setiap kolej mempunyai beberapa blok. 
  • Kolej Cempaka Sari - Anggerik 1/2, Bakawali 1/2, Dahlia 1/2
  • Kolej Indera Mulia - Cempaka 1/2, Kekwa 1/2, Melawati 1/2, Teratai 1/2
  • Kolej Pasir Salak - *terdapat perubahan
  • Kolej Indera Sakti - *terdapat perubahan
  • Kolej Seri Manjung - NR; pelajar yang duduk luar dari UiTM
Kebiasaannya satu bilik dalam 3 atau 4 orang.




Cantik bukan. Kalau pagi-pagi sejuk sangat, siap ada kabus, macam di Cameron pulak, sampai tak terbangun pagi nak pergi kelas, lena sangat tidur. Tapi kalau waktu tengah hari, jujur aku katakan, Sri Iskandar sangat panas.
Setakat ini kemudahan-kemudahan disini agak memuaskan. Mempunyai dalam 5 padang. Gelanggang bola jaring, tampar, tenis, keranjang dan segalanya. Termasuk juga gym. Cool bukan. Aku kalau boleh nak cadang suruh buat swimming pool, panas je terjun kolam.

Library UiTM Perak
Mempunyai 2 aras

Setiap hari selasa, akan ada Pasar Malam di dalam UiTM. Jadi takdalah jemu sangat makan makanan di dewan makan (DM)
Bank Islam. Terletak di Uptown. Kami semua panggil Uptown. Downtown pun ada juga.
Haa jangan main main ingat Danau Kota je yg ada downtown.
Beratur panjang sebab salah satu mesin atm tak berfungsi, sedih sedih.
Yang ini merupakan Pusat Islam a.k.a Masjid. Kami semua panggil PI, mudah dan senang.
Alhamdulillah cantik, rekaan dia seperti masjid negara. Aktiviti dan kuliah kuliah juga tidak kurang hebat banyak juga.
Persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD) juga ditubuhkan. Mari lah join, dan jangan lupa join usrah juga ye kawan kawan :)






Pintu Masuk Utama. Ada dua pintu masuk, Pintu Belakang pun ada. Sangat dikawal ketat oleh Pembantu Polis yang kami semua panggil Pak Guarf. Tap mereka semua merupakan polis dan bekerja under UiTM.


Pejabat Pentadbiran. Bahagian HEP, HEA, Unit Koko semua disini. Bilik bilik pensyarah jufa semua disini.

Bila sesi pendaftaran baru, kami menggunakan sistem drive-thru bagi mudah dan lebih sistematik.


Kalau nak describe satu per satu yang terdapat dalam UiTM Perak ni, memang tak habis sampai esok. Ternyata memang besar. Cantik dan juga bersih. InsyaALLAH kita belajar pun selesa. Kemudahan yang diberi semuanya lengkap. Kita juga perlulah sentiasa mengikuti segala peraturan apabila berada di kawasan UiTM.

Kepada anda yang telah dipilih untuk menyambung pelajaran di UiTM Perak, jangan persiakan. Banyak lagi manusia diluar sana yang tidak terpilih dan ingin menyambung pelajaran mereka. Selamat Maju Jaya semua :)

nie cita dari kawan2 blogger.....( copy and paste )

28 comments:

  1. hi

    is there any covered swimming pool for girls in uitm seri iskandar?

    thanks

    ReplyDelete
  2. swimming pool xde...tap xsure UTP ade ke x.

    ReplyDelete
  3. arghh.. rindu nk masuk semula..ehehe sebak plak ase... masuk 2006 dulu.. bestt

    ReplyDelete
  4. haha...yeke..sekarang lagi best...seri iskandar da gemilang..meriah jer skrg..huhu

    ReplyDelete
  5. Salam. saya dpt interview uitm dkat shah alam hri tu kos ukur bngunan tp klau dpat temuduga tersebut adakah kite btol2 dpat ataupn 50 dpat 50 tk dpat?

    ReplyDelete
  6. sis uitm sri iskandar ni dekat tak dgn uitm tapah? hehe

    ReplyDelete
  7. hai sy dapat kat sri iskandar ni, court futsal ada tak?

    ReplyDelete
  8. tempat belajar dlu...rindu sgt SI>>> love...study..friendship...

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya..ada maklumat pasal uitm si masa mula2 bukak x? mksd saya dri segi guna tanah..dulu kawasan uitm ni apa2 semua

    ReplyDelete
  10. Seriously uitm perak dlu lain..sekarang lain...rindu plk time study dlu 2005-2008...
    #uitm dihatiku...
    Tumpang iklan sikit ye dik..
    Anyway sy de wt homemade cookies...harga serendah rm7-rm12 sebalang...harga termurah di pasaran...Berminat call ya...raya nk dekat Dh ni...
    011-35120507(kak Elly)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK 0136789053 watssapp/telegram - aidil teluk intan

      Delete
    2. OK 0136789053 watssapp/telegram - aidil teluk intan

      Delete
  11. Any TESL programmed offered here

    ReplyDelete
  12. Assalam. Nakk btnya, andai kata interview di uitm shah alam utk kos sarjana seni reka grafik, adakah bpluang utk dpt twrn masuk ke uitm sri iskndr? Tq

    ReplyDelete
  13. assalam.nk tnye,sye dh amek tahap 3 di giatmara,boleh ke kalau sye nk sambung utk amek diploma dan degree di sri iskandar ni?

    ReplyDelete
  14. Im inspired with the exceptional and instructive contents that you provide in such short timing.diploma of supply chain management

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum ,sini semua wajib kawad ke ?

    ReplyDelete
  16. hai! thanks sebab bagi info pasal SI nie. //FSSR July Intake 2018

    ReplyDelete
  17. weyy siapa ukur bangunan marilah kita kenal kenal TT contact aku weyyyyy asmzasazli(twitter)

    ReplyDelete