Hari ini rasa rajin plak na aupdate tentang tempat belajar aku setelah sekian lama......lamanya rasa ade kat sini..bak kate ayah aza.....maybe aku dip pom cni..degree pom sini..jadi suasana belajar tu xbes walaupom fakulti lain..hem rasanya masuk akal gak kan..na tukar da terlambat...setahun lebey lagi ni kat sini... hurm....ok sedikit info untuk kawan-kawan kat sane......
Universiti Teknologi MARA (Perak) telah ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan dibuka secara rasmi pada tahun 1985 di Bandar Baru Seri Manjung.
Kampus ini terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak Tengah Daerah dan kawasan ini meliputi lebih kurang 392,36 ekar. Universiti ini mula beroperasi pada 1 Januari 1999. Kampus ini terletak di lokasi strategik di sepanjang Ipoh - Lumut jalan utama, yang menyediakan akses mudah kepada kedua-dua Ipoh dan Lumut.
UiTM Perak juga berhampiran juga dengan UTP. Jadi senang lah siapa yang ada kenalan di UTP nak berjumpa atau sebagainya. Sri Iskandar juga bukan lah nak dikategori dalam kawasan pendalaman. Jangan risau, alhamdulillah kita semua disediakan Bandar Universiti yang sangat maju. Tahun lepas/11 baru dibina TESCO, haa seronok bukan boleh lah borong jajan lepas ni, tak payah nak berjalan jauh ke Ipoh sana. KFC, Ayamas dan Secret Recipe juga ada. Siapa yang nak sambut birthday tu sediakanlah duit nak beli kek mahal :p
Tak lama lagi berhampiran luar UiTM sedang dibina bangunan kedai kedai yang akan dipanggil Billion kut. Dengar khabar berita, disitu akan ditubuhkan panggung wayang :O dan juga McD, dan kedai kedai yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, makin kering duit, lagi lagi makan.
Dari UiTM nak keluar ke Bandar U, hanya perlu menaiki bas UiTM yang disediakan, tambang RM1 pergi dan juga RM1 untuk balik. Kondisi bas? malas nak cerita kalian naik lah sendiri, best sangat :D
UiTM Perak mempunyai 5 Fakulti. Faculty of Accountancy, Faculty of Computer And Mathematical Sciences, Faculty of Business Management, Faculty of Art & Design, Faculty of Architecture, Planning and Surveying. Dan aku tergolong dalam Fakulti Sains Komputer dan Matematik :)
FSKM |
OM |
FSSR |
FSPU |
Jadi gambar-gambar di atas merupakan fakulti yang terdapat di UiTM Sri
Iskandar. Untuk makluman semua, insyaALLAH pada tahun bila saya pun tak
pasti, kampus Sri Iskandar akan di khaskan menjadi induk untuk course
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur.
Mulai tahun 2014 insyaALLAH fakulti FSKM akan berpindah di kampus UiTM Tapah.
Seterusnya, UiTM Sri Iskandar Perak juga mempunyai 4 kolej iaitu Kolej
Cempaka Sari, Kolej Indera Mulia, Kolej Pasir Salak, Kolej Indera Sakti
dan juga Kolej Seri Manjung. Bagi setiap kolej mempunyai beberapa
blok.
- Kolej Cempaka Sari - Anggerik 1/2, Bakawali 1/2, Dahlia 1/2
- Kolej Indera Mulia - Cempaka 1/2, Kekwa 1/2, Melawati 1/2, Teratai 1/2
- Kolej Pasir Salak - *terdapat perubahan
- Kolej Indera Sakti - *terdapat perubahan
- Kolej Seri Manjung - NR; pelajar yang duduk luar dari UiTM
Cantik bukan. Kalau pagi-pagi sejuk sangat, siap ada kabus, macam di
Cameron pulak, sampai tak terbangun pagi nak pergi kelas, lena sangat
tidur. Tapi kalau waktu tengah hari, jujur aku katakan, Sri Iskandar
sangat panas.
Setakat ini kemudahan-kemudahan disini agak memuaskan. Mempunyai dalam 5
padang. Gelanggang bola jaring, tampar, tenis, keranjang dan
segalanya. Termasuk juga gym. Cool bukan. Aku kalau boleh nak cadang
suruh buat swimming pool, panas je terjun kolam.
Library UiTM Perak Mempunyai 2 aras |
Setiap hari selasa, akan ada Pasar Malam di dalam UiTM. Jadi takdalah jemu sangat makan makanan di dewan makan (DM) |
Pintu Masuk Utama. Ada dua pintu masuk, Pintu Belakang pun ada. Sangat
dikawal ketat oleh Pembantu Polis yang kami semua panggil Pak Guarf.
Tap mereka semua merupakan polis dan bekerja under UiTM.
Pejabat Pentadbiran. Bahagian HEP, HEA, Unit Koko semua disini. Bilik bilik pensyarah jufa semua disini.
Bila sesi pendaftaran baru, kami menggunakan sistem drive-thru bagi mudah dan lebih sistematik.
Kalau nak describe satu per satu yang terdapat dalam UiTM Perak ni, memang tak habis sampai esok. Ternyata memang besar. Cantik dan juga bersih. InsyaALLAH kita belajar pun selesa. Kemudahan yang diberi semuanya lengkap. Kita juga perlulah sentiasa mengikuti segala peraturan apabila berada di kawasan UiTM.
Kepada anda yang telah dipilih untuk menyambung pelajaran di UiTM Perak, jangan persiakan. Banyak lagi manusia diluar sana yang tidak terpilih dan ingin menyambung pelajaran mereka. Selamat Maju Jaya semua :)