Assalamualaikum
Hari ini rasa rajin plak na aupdate tentang tempat belajar aku setelah sekian lama......lamanya rasa ade kat sini..bak kate ayah aza.....maybe aku dip pom cni..degree pom sini..jadi suasana belajar tu xbes walaupom fakulti lain..hem rasanya masuk akal gak kan..na tukar da terlambat...setahun lebey lagi ni kat sini... hurm....ok sedikit info untuk kawan-kawan kat sane......
UiTM
Sri Iskandar Perak, Malaysia. Salah satu kampus UiTM yang terbesar
selain UiTM Shah Alam dan sebagainya. UiTM Sri Iskandar di label kan
sebagai UiTM yang cantik dan bersih. Bagi pandangan aku, alhamdulillah
boleh tahan, sedap mata memandang.
Universiti Teknologi MARA (Perak) telah ditubuhkan dengan kerjasama
Kerajaan Negeri Perak dan dibuka secara rasmi pada tahun 1985 di Bandar
Baru Seri Manjung.
Kampus ini terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak Tengah Daerah dan
kawasan ini meliputi lebih kurang 392,36 ekar. Universiti ini mula
beroperasi pada 1 Januari 1999. Kampus ini terletak di lokasi strategik
di sepanjang Ipoh - Lumut jalan utama, yang menyediakan akses mudah
kepada kedua-dua Ipoh dan Lumut.
UiTM Perak juga berhampiran juga dengan UTP. Jadi senang lah siapa yang
ada kenalan di UTP nak berjumpa atau sebagainya. Sri Iskandar juga
bukan lah nak dikategori dalam kawasan pendalaman. Jangan risau,
alhamdulillah kita semua disediakan Bandar Universiti yang sangat maju.
Tahun lepas/11 baru dibina TESCO, haa seronok bukan boleh lah borong
jajan lepas ni, tak payah nak berjalan jauh ke Ipoh sana. KFC, Ayamas
dan Secret Recipe juga ada. Siapa yang nak sambut birthday tu
sediakanlah duit nak beli kek mahal :p
Tak lama lagi berhampiran luar UiTM sedang dibina bangunan kedai kedai
yang akan dipanggil Billion kut. Dengar khabar berita, disitu akan
ditubuhkan panggung wayang :O dan juga McD, dan kedai kedai yang sewaktu
dengannya. Alhamdulillah, makin kering duit, lagi lagi makan.
Dari UiTM nak keluar ke Bandar U, hanya perlu menaiki bas UiTM yang
disediakan, tambang RM1 pergi dan juga RM1 untuk balik. Kondisi bas?
malas nak cerita kalian naik lah sendiri, best sangat :D
UiTM Perak mempunyai 5 Fakulti. Faculty of Accountancy, Faculty of
Computer And Mathematical Sciences, Faculty of Business
Management, Faculty of Art & Design, Faculty of Architecture,
Planning and Surveying. Dan aku tergolong dalam Fakulti Sains Komputer
dan Matematik :)
|
FSKM |
|
OM |
|
FSSR |
|
FSPU |
Jadi gambar-gambar di atas merupakan fakulti yang terdapat di UiTM Sri
Iskandar. Untuk makluman semua, insyaALLAH pada tahun bila saya pun tak
pasti, kampus Sri Iskandar akan di khaskan menjadi induk untuk course
Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur.
Mulai tahun 2014 insyaALLAH fakulti FSKM akan berpindah di kampus UiTM Tapah.
Seterusnya, UiTM Sri Iskandar Perak juga mempunyai 4 kolej iaitu Kolej
Cempaka Sari, Kolej Indera Mulia, Kolej Pasir Salak, Kolej Indera Sakti
dan juga Kolej Seri Manjung. Bagi setiap kolej mempunyai beberapa
blok.
- Kolej Cempaka Sari - Anggerik 1/2, Bakawali 1/2, Dahlia 1/2
- Kolej Indera Mulia - Cempaka 1/2, Kekwa 1/2, Melawati 1/2, Teratai 1/2
- Kolej Pasir Salak - *terdapat perubahan
- Kolej Indera Sakti - *terdapat perubahan
- Kolej Seri Manjung - NR; pelajar yang duduk luar dari UiTM
Kebiasaannya satu bilik dalam 3 atau 4 orang.
Cantik bukan. Kalau pagi-pagi sejuk sangat, siap ada kabus, macam di
Cameron pulak, sampai tak terbangun pagi nak pergi kelas, lena sangat
tidur. Tapi kalau waktu tengah hari, jujur aku katakan, Sri Iskandar
sangat panas.
Setakat ini kemudahan-kemudahan disini agak memuaskan. Mempunyai dalam 5
padang. Gelanggang bola jaring, tampar, tenis, keranjang dan
segalanya. Termasuk juga gym. Cool bukan. Aku kalau boleh nak cadang
suruh buat swimming pool, panas je terjun kolam.
|
Library UiTM Perak
Mempunyai 2 aras |
|
Setiap hari selasa, akan ada Pasar Malam di dalam UiTM. Jadi takdalah jemu sangat makan makanan di dewan makan (DM) |
|
Bank Islam. Terletak di Uptown. Kami semua panggil Uptown. Downtown pun ada juga.
Haa jangan main main ingat Danau Kota je yg ada downtown.
Beratur panjang sebab salah satu mesin atm tak berfungsi, sedih sedih. |
|
Yang ini merupakan Pusat Islam a.k.a Masjid. Kami semua panggil PI, mudah dan senang.
Alhamdulillah cantik, rekaan dia seperti masjid negara. Aktiviti dan kuliah kuliah juga tidak kurang hebat banyak juga.
Persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD) juga ditubuhkan. Mari lah join, dan jangan lupa join usrah juga ye kawan kawan :) |
Pintu Masuk Utama. Ada dua pintu masuk, Pintu Belakang pun ada. Sangat
dikawal ketat oleh Pembantu Polis yang kami semua panggil Pak Guarf.
Tap mereka semua merupakan polis dan bekerja under UiTM.
Pejabat Pentadbiran. Bahagian HEP, HEA, Unit Koko semua disini. Bilik bilik pensyarah jufa semua disini.
Bila sesi pendaftaran baru, kami menggunakan sistem drive-thru bagi mudah dan lebih sistematik.
Kalau nak
describe satu per satu yang terdapat dalam UiTM Perak
ni, memang tak habis sampai esok. Ternyata memang besar. Cantik dan juga
bersih. InsyaALLAH kita belajar pun selesa. Kemudahan yang diberi
semuanya lengkap. Kita juga perlulah sentiasa mengikuti segala peraturan
apabila berada di kawasan UiTM.
Kepada anda yang telah dipilih untuk menyambung pelajaran di UiTM Perak,
jangan persiakan. Banyak lagi manusia diluar sana yang tidak terpilih
dan ingin menyambung pelajaran mereka. Selamat Maju Jaya semua :)
nie cita dari kawan2 blogger.....( copy and paste )