Tuesday, March 8, 2011

ALERGIK?


Alahan Protein Susu lembu Cetak E-mail

Alahan kepada protein susu lembu sering diperhatikan di kalangan bayi dan kanak-kanak. Ia terjadi sebaik sahaja seseorang bayi diberi susu lembu dan menghadapi reaksi alahan terhadap protein susu lembu. Sebanyak 7.5% bayi dan kanak-kanak alah kepada susu lembu. 80% akan bebas daripada alahan tersebut dalam 3 tahun pertama. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka akan kekal dengan alahan sepanjang hidup.

Apakah sebabnya terjadinya alahan kepada protein susu lembu?

  1. Alahan di kalangan ahli keluarga. Anak anda berkemungkinan besar menghadapi alahan kepada protein susu lembu, sekiranya anda ataupun pasangan anda alah kepada susu lembu.
  2. Tempoh penyusuan susu ibu yang terlalu pendek
  3. Pendedahan awal kepada rumusan berasaskan susu lembu


Alahan kepada protein susu lembu didapati dalam pelbagai peringkat. Tanda-tandanya mungkin berlaku secara tiba-tiba sebaik sahaja minum susu atau pun selepas beberapa jam atau hari selepas meminum susu. Seseorang kanak-kanak mungkin mengalami satu atau lebih simptom.

Bagaimanakah saya dapat mengetahui si manja saya alah kepada susu lembu?

Dibawah adalah tanda-tanda alahan kepada protein susu lembu.

Jenis 1: Reaksi Segera

Muncul Selepas 45 minit meminum susu.

Kolik(Kembung perut), cirit-birit, muntah, ruam, nafas berbunyi, bersin.

Jenis 2: Reaksi Pertengahan

Muncul dalam masa 45 minit hingga 20 jam selepas meminum susu

Muntah dan cirit-birit

Jenis 3: Reaksi Lambat

Selepas 24 jam meminum susu

Cirit-birit, muntah, nafas berbunyi dan batuk

Simptom-simptom yang disebutkan di atas juga disebabkan oleh penyakit lain. Dengan itu, anda digalakkan meminta nasihat daripada doktor anda untuk mengenalpasti sama ada si manja anda menghadapi alahan kepada susu lembu.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya si manja saya menghadapi alahan susu lembu?

  • Rumusan berasaskan susu lembu perlu dihentikan sepenuhnya dan digantikan dengan rumusan lain yang sesuai.
  • Antara rumusan altenatif yang paling sesuai ialah rumusan berasaskan soya. Rumusan ini telah mula digunakan untuk penyusuan bayi yang menghadapi alahan kepada susu lembu sejak dari tahun 1929.
  • Rumusan berasaskan soya semakin banyak digunakan sebagai pengganti rumusan berasaskan susu lembu untuk kanak-kanak yang menghadapi alahan kepada susu lembu.
  • Kebanyakan kanak-kanak yang alah kepada protein susu lembu dapat menerima rumusan berasaskan soya.
  • Rumusan berasaskan soya dapat membekalkan zat nutrien yang sesuai untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
  • Rumusan tanpa laktosa mengandungi protein susu lembu. Jadi, anda perlu elakkannya.

DGN RASMINYEW..ak mnisytiharkan badan ini alahan pada susu yg ak mnm slm 2 hr neey pas ak muntah2..cirit..sakit2 badan.. pg neey.. tmbl merah kat ribs....rase mcm terkena reaksi pertengahan.. rs xshat sbb smlm mnm susu.. pg ney xmnm ... pg neey xshat asew.. sakt kepala..hdung berair batuk2.. n kulit kering..ruam timbul..bersin2...........xselasa badan..lemah segala badan.. uhuk*** uhuk** uhuk**** cedeynyeeww...:'(so kna bertukar kepda susu soya la pas neey....I LUV SOYA.......:)

No comments:

Post a Comment